Sunday, 31 July 2011


Projek pembiakan baka puyuh di Kg Tok Salam, Mukim Tekai Kanan 06350, Alor Setar, Kedah DA.

Latar Belakang
Kami telah berkecimpung dalam bidang ternakan puyuh ini sejak hujung tahun 2009 secara sambilan. Tahun 2010 permulaan kami serius untuk mengusahakan ternakan puyuh ini dengan lebih luas lagi. Dengan bermodalkan Pinjaman SPED dari bank rakyat sebanyak RM33,000 dan modal sendiri lebih kurang RM15,000 kami telah membina bangsal dan membeli peralatan untuk menternak puyuh. Sebannyak 4 bangsal telah didirikan dengan kapasiti maksimum 13,000ekor puyuh pedaging pada pertengahan 2010.

Kini kami telah berjaya mengeluarkan daging puyuh siap proses lebih dari 15,000ekor sebulan di tapak projek terbaru di Kuala Nerang Kedah yang di sewa dengan Jabatan veterinar negeri Kedah. Kapasiti maksimum di tapak baru kami adalah 30,000ekor.

Pada tahun 2011, kami telah menjalankan penyelidikan didapati bilangan penternak puyuh pedaging adalah lebih ramai dari bilangan pengeluar benih anak puyuh. Kebanyakan penternak puyuh pedaging mengalami masalah anak puyuh yang sering tidak mencukupi dan telah membantutkan kontrak pasaran daging mereka yang sedia ada. Dari situ kami telah mengorak langkah dengan mengeluarkan benih anak puyuh sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, benih anak puyuh yang kami keluarkan tidak pernah di complain penternak disamping harga yang begitu rendah.

Objektif

Ingin membantu penternak puyuh pedaging dengan membekalkan anak puyuh yang berkualiti dan bersaiz besar.


Kandungan Nutritif Daging Puyuh dan Daging Ayam
Kandungan
Daging Puyuh
Daging Ayam
1. Kelembapan ( %)
65.50
64.00
2, Protein (%)
20.60
18.80
3. Lemak (%)
10.60
14.20
4. Abu (%)
3.10
3.70
5. Tenaga (cal/100g)
168.00
162.00
6. Kolesterol (mg/g daging)
57.80
60.90
7. Lemak abdominal (% berat hidup)
0.95
3.05


Inkubator hasil tangan sendiri
(kapasiti 18,000biji)

Puyuh Baka kami

Sangkar terbaru dalam proses pembikinan

Tapak projek di Kuala Nerang

anak puyuh umur sehari

umur 9-10hari baru dibuka bulatan



Daging Siap Proses



Sebarang pertanyaan, rundingan atau khidmat nasihat sila hubungi @ email kepada kami di :-
016-4040861(Muhamad Tarmizi)       email : Puyuhatcher@gmail.com


"PENTERNAKAN ADALAH PERNIAGAAN"